1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir  tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai  orang yang  tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap  serius  terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan,  dia  sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan  pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan  persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama. 
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci  jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar  dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang  mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya. 
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan  yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah  untuk di mengertikan.
Azam Baru Bukan Di Awal Tahun.....
10 years ago
 
 
 



 



