Monday, June 8, 2009

Alangkah...

Berapa kali kita mengingati mati dalam sehari? Apakah kita akan hidup selamanya?

Manusia hari ini menjadi semakin kurang ajar kerana mereka tidak mengingati akan hari kematiannya. Mereka menjadi rakus, biadap, tidak menghormati hal orang lain, hilang rasa tanggungjawab; anak-anak derhaka kepada kedua orang tuanya, isteri menjadi kurang ajar kepada suami, orang-orang muda menjadi biadap kepada orang-orang yang lebih tua.

Seandainya kita sentiasa sedar bahawa kematian kita boleh berlaku bila-bila masa tanpa amaran awal atau amaran akhir, kita akan menjadi lebih baik, bersopan santun, menghormati hak orang lain, suka bantu membantu dan tidak akan menganianya sesama insan. Apatah lagi seandainya kita mengetahui balasan dan azab yang akan Allah S.W.T. berikan kepada kita sekiranya kita melakukan 'dosa-dosa' tersebut'.

Alangkah indahnya sebuah kehidupan tanpa iri hati, cemburu dan penuh kasih sayang. Isteri menghormati suami, suami mengasihi isteri, anak-anak bersopan santun dan berbudi bahasa. Masyarakat pula saling bantu membantu dan hormat menghoramti. Tiada kata nista, tiada sindir menyindir, tiada kata amarah; yang ada hanya gurau senda antara anak-anak dan ibubapa, yang ada hanya pujuk rayu antara suami dan isteri, yang ada hanya ucapan salam dan khabar antara jiran tetangga.

Alangkah indahnya dunia tersebut; apakah ianya hanya akan kita rasai apabila kita sudah tiada di dunia ini? InsyaAllah.......!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...