4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata  keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang  tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat  dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan  faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar,  mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan. 
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita  tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang  menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan. 
6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang  menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia  disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang  yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga  dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya. 
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang &  jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi  masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah 
meninggalkannya.
Azam Baru Bukan Di Awal Tahun.....
10 years ago
 
 
 



 




0 comments:
Post a Comment