Saturday, April 24, 2010

Hebat Sangatkah Kita?

Seringkali kita didiwawarkan, kita adalah bangsa yang hebat; mempunyai budi bahasa yang tinggi, prihatin, murah dengan senyuman, menghormati orang lain, suka membantu, pandai menjaga maruah diri, bersemangat tinggi, berdarah pahlawan dan lagi dan lagi dan lagi .........

Dan sehingga kini, kita masih leka dengan ungkapan yang begitu 'indah' itu! Peristiwa-peristiwa yang banyak berlaku semenjak kebelakangan ini cuba kita kaitkan dengan 'kehebatan' kita itu....

Dulu, kita ada 'anak buluh betung', hari ini kita ada 'anak tong sampah'. Kisahnya mungkin sama, tetapi cerita 'anak buluh betung' lebih baik kerana dia diberikan persepsi yang baik. Kenapa tidak kita berikan persepsi yang sama untuk 'anak tong sampah'; katakanlah dia adalah anak raja dari kayangan dan kerana fitnah oleh dayang-dayang istana yang cemburu lalu tabib meminta raja menurunkannya ke dunia, lalu tercampaklah anak itu di tepi tong sampah sebelum bidan istana sempat mengerat tali pusatnya. Hebat!

Kita ada remaja yang berani melakukan aksi yang hebat dijalanraya tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Memang darah pahlawan sahaja yang berani melakukan perkara-perkara tersebut. 'Si Penakut' hanya layak duduk di loteng-loteng rumah, atau terperap di dalam bilik memegang buku pelajaran. Mereka 'dayus' kerana takut menjadi miskin jika tidak berpelajaran!

Kita harus megah dengan bangsa kita! Dua contoh tersebut sudah cukup menggambarkan kehebatan bangsa kita, satu-satunya bangsa yang mempunyai hubungan secara langsung dengan kayangan dan bangsa berdarah pahlawan!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...