Saturday, August 21, 2010

Jangan Malu Dengan Kelemahan Diri Kita

Setiap hari, seorang lelaki tua yang tinggal bersendirian di sebuah pondok usang, menjinjing dua buah baldi di kedua-dua belah tanganya dari perigi ke rumah untuk kegunaan setiap hari. Salah satu dari baldi tersebut bocor, menyebabkan setiap kali dia sampai ke rumah, airnya telah separuh kosong.

Ia berlaku dalam tempoh yang lama, dan lelaki tua itu tidak pernah menghiraukannya sama ada untuk menggantikan dengan yang baru ataupun menampalkannya. Baldi yang sempurna begitu megah kerana dapat membantu tuannya dan mencemuh baldi yang bocor kerana kedaifannya.

Suatu hari baldi yang bocor telah berkata kepada tuannya, ".... saya malu dengan diri saya. Disebabkan kebocoran saya, tuan telah banyak mengalami kerugian...!"

"Apa yang hendak kamu malukan?" tanya tuan baldi tersebut. "Tidakkah kamu melihat di sepanjang perjalanan dari perigi ke rumah ini telah dipenuhi dengan kuntum-kuntum bunga yang begitu cantik dan mewangi? Saya telah menggunakan air yang bocor dari diri kamu untuk menyiramnya setiap kali saya melaluinya. Saya telahpun menjual bunga tersebut untuk menampung perbelanjaan saya seharian."

Moral

Jangan malu dengan kekurangan diri kita. Sebenarnya setiap kekurangan tersebut boleh menjadi kekuatan dan peluang jika dilihat dari sudut yang berlainan. Tuhan tidak menjadikan sesuatu itu tanpa ada kegunaannya!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...