Katakanlah, tiba-tiba ada pengumuman dari langit mengatakan sebelum menjelang subuh esok 'kiamat akan berlaku'!
Bagaimana kita pada ketika itu? Terfikirkah kita tentang amalan yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita? Bagaimana tentang jumlah amalan kita? Atau, memang banyak amalan kita, 'tetapi' amalan itu adalah amalan yang buruk!
Sempatkah kita untuk bertaubat pada ketika itu? Mencari mereka yang pernah kita lakukan kesalahan untuk memohon kemaafan? Mencari mereka yang pernah kita hutangi untuk melunaskannya? Atau, kita sekadar termenung menyesali diri, menyumpah menyalahi diri atau meraung menginsafi diri?
Katakanlah, tiba-tiba ada pengumuman baru dari langit mengatakan bahawa terdapat kesilapan mengenai pengumuman kiamat tadi; tarikh kiamat 'ditangguhkan' kerana perkara yang tidak dapat dielakkan!
Berterima kasihlah dengan pengumuman tersebut dan bersedialah kita untuk bertaubat dan memulakan satu hidup baru! Tinggalkanlah segala kemungkaran, bersihkanlah hati, sucikanlah jiwa, berprasangka baiklah sesama manusia, buanglah hasat dengki, banyakkan berdiam diri dari berkata dan mengata; mengumpat dan mengeji; berdusta dan memperdaya, serta hapuskan tamak dan haloba pada dunia!
Lupakan sementara pengumuman dari langit, kerana ia tidak mungkin akan berlaku. Yang mungkin akan berlaku, kita akan 'diambil' sebelum Asar esok, dan tidak sempat berbuat baik!
Azam Baru Bukan Di Awal Tahun.....
9 years ago
0 comments:
Post a Comment