Sunday, April 18, 2010

Manusia & Kemanusiaan

Kita megah kerana kita manusia. Lalu kita beri penambahan ke dan an pada perkatan manusia menjadi 'kemanusiaan' yang membawa erti satu nilai yang begitu baik, murni dan sempuna! Manusia dan kemanusiaan adalah saling berkait rapat yang menunjukkan seolah-olah mereka adalah begitu prihatin, tanpa dosa, bersimpati, membantu, tidak boleh melihat orang lain susah dan bla bla bla ..........!

Dan mereka memberi perkataan berlawanan untuk kemanusiaan iaitu kebinatangan yang menunjukkan satu sikap dan sifat yang kurang baik, gelojoh, jahat, busuk hati, dengki, khianat serta bla bla bla ..........!

Binatang tidak pernah mengumpat! Mereka tidak pernah mengkhianati sesama mereka. Tidak pernah memfitnah. Tidak pernah membunuh tanpa sebab (kerana mereka membunuh hanya untuk dijadikan makanan sahaja). Tidak pernah "derhaka", bermuka-muka, memburuk-burukkan sesama mereka, menyakiti hati sesama mereka, dan bla bla bla ............

Hari ini, kita terimalah hakikat bahawa binatang lebih "mulia" dari manusia dalam banyak perkara. Dan bersedialah kita untuk menerima hakikat bahawa sifat "kemanusiaan" itu adalah sifat yang negatif dan sifat "kebinatangan" itu adalah sifat yang positif.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...